Photobucket

Tuesday, April 13, 2010

~mari belajar mmbuat puding roti~

Sempena cuaca yang agak panas pada tengahari tadi, I tiba2 terfikir untuk membuat puding roti..mesti best if makan puding roti time2 camni (lagi2 yg dah sejuk)..yummyyy!!! cedap2..

Lalu, I pun mencari buku resepi I..Kat dlm tu I ade tulis cara2 nak wat puding roti..(gara2 xmo ganggu mak yang sedang enak beristirehat) + 1st time nak buat so, takut x menjadi, nnt kene ketawa ngan mak..Then, secara senyap2, berbekalkan buku resepi sendiri, I masuk dapur and cari bahan2..Alhamdulillah semua bahan2 memang dah ada kat dapur..hehehe (mission pencarian bahan2 berjaya!!!!!)..coz if tak cukup bahan2, kene la batalkan niat plak kan..=p

Jom tengok pe bahan2 nak wat puding roti..Bismillahirrahmanirrahim..hope mission ku ini berjaya...amin...(^_~)

Bahan2nya adalah seperti dibawah:
        1 buku roti biasa
        1 tin susu cair
        6 biji telur
        1 cawan gula (utk letak dalam bancuhan)
        1 cawan gula (untuk dibuat gula hangus)
        1 sudu teh vanilla eisin (betul ke eja macam ni?)..

Okey, jom layan gambar..senang sikit kot nak tau cara2 yang betul..

Bahan2..
                  
        "bahan2"            


(1) Masukkan 1 cawan gula ke dalam kuali dan letakkan di atas api..(pastikan api kecil shj ok)

"1 cawan gula dimasukkan ke dlm kuali"

"kacau-kacau"
(2) Bila gula dah seakan-akan kekuningan, tutup api, dan tuang gula tadi ke dalam loyang..(ratakan gula kesekeliling loyang..cepat2..jgn sampai gula mmbeku..hati2..gula tu panas dan akan menyebabkan loyang jadi panas..so, sila la pakai glove ketika proses meratakan gula tu ok..)

"gula dah menguning..ratakan kesekeliling loyang"

(3) Rendamkan roti di dalam air panas dan toskan.

 "Rendam2"

"wajah terbaru roti selepas ditoskan"

(4) Masukkan 6 biji telur dan 1 cawan gula ke dlm bekas..Kemudian, pukul sehingga sebati.

"6 biji telur + 1 cawan gula"

"pukul sampai la jadi macam ini"

(5) Masukkan roti yang telah ditoskan tadi kedalam bancuhan telur dan gula..

"Roti + telur + gula"

(6) Masukkan 1 tin susu cair dan  1 sudu teh eisin vanilla ke dalam campuran (roti, telur dan gula) tadi.

"Masukkan 1 tin susu cair"

"Masukkan 1 sudu teh eisin vanilla"

(7) Masukkan ape yang ade kat dalam bekas tadi, kedalam loyang yang berisi gula hangus (yang telah membeku).. dan masukkan ke dalam pengukus.

"kukus dalam 15 - 20 minit"

....................................SURPRISE!!!!!..................................

Dan...........

inilah hasilnyer.....(@_@)

 "puding rotiku"

Finally, siap gk puding roti I..Tp,masih bnyak yang perlu diperbaiki..untuk dapatkan outcome yang perfect!!!..ngee~



1 comment:

  1. pandainye cik aien memasak...hihi....sila cube lg....nanti xlulus plak ngn mak metua....=) =)

    ReplyDelete